Jemputan Ke Majlis Dialog Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Bengkel Kenderaan, 18 Oktober 2011
Merujuk perkara diatas, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor (JKKP), Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM) ingin menjemput para pengusaha bengkel kenderaan Malaysia untuk menghadiri sesi dialog seperti yang dinyatakan sebagaimana yang berikut:
Tarikh: 18 Oktober 2011
Hari: Selasa
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Jalan Petani 19/1
Seksyen 19,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memberi penerangan tentang peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pemunya industri kecil dan sederhana dalam mematuhi aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja sebagaimana diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan di bawahya.
Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran ahli persatuan dan peserta perlu menghantar kembali borang pengesahan tersebut selewat-lewatnya pada 13 Oktober 2011. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Cik Hanizah Awang Yunus (03-56236400 Samb. 405) di JKKP Selangor.
[Muat Turun - Surat Rasmi Jemputan Dialog]
[Muat Turun - Borang Pengesahan Kehadiran]
[Muat Turun - Surat Setuju FAWOAM kepada JKKP]