A.T.O.M FAQ

Frequently Asked Questions:

1. Bagaimanakah cara untuk menyertai Projek ATOM?
Pemilik bengkel automotif boleh memohon terus kepada pihak konsultan yang terlibat atau menghubungi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di negeri atau cawangan.

2. Pihak konsultan yang terlibat dalam projek ATOM?
Konsultan yang terlibat adalah seperti berikut:
• Persekutuan Persatuan‐Persatuan Pemilik Bengkel Malaysia (FAWOAM)
• Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia (PPIBM)
• The Malaysian Association Of Tyre Retreaders & Dealers Societies (MATRDS)
• Automobile Association Malaysia (AAM)
• Automotive Aftersales Industry (M) Sdn Bhd (AAIM)

3. Apakah peranan konsultan dalam melaksanakan Projek ATOM?
• Memilih peserta projek
• Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan pemodenan bengkel automotif.
• Membantu menyediakan:-

  • pelan perniagaan yang merangkumi aliran kewangan bagi urusan permohonan pinjaman pembiayaan projek
  • layout bengkel
  • perancangan kerja pengubahsuaian dan menaiktaraf bengkel
  • urusan pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan termasuk Point Of Sales System Terminal (GST ready)
  • Standard Operation Procedures (SOPs) bagi menjalankan perniagaan bengkel automotif
  • bantuan latihan kepada pengusaha bengkel automotif dalam bidang keusahawanan / kemahiran automotif / perakaunan / pengurusan stok dan yang berkaitan.

• Memantau, menilai dan membuat penambahbaikan kepada bengkel yang telah dimodenkan dari masa ke semasa.

4. Siapakah yang layak untuk menyertai Projek ATOM?
Pengusaha bengkel automotif yang memenuhi syarat-syarat berikut:
• Perniagaan 100% milik tempatan (milik tunggal / perkongsian / Sdn Bhd)
• Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah untuk mengusahakan bengkel automotif.
• Pemilik bengkel berumur 23 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun.
• Beroperasi di premis tetap (lot kedai) dan berasingan daripada rumah kediaman.
• Bengkel telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.
• Mempunyai dua (2) pekerja / mekanik bertauliah sijil kemahiran bidang automotif
• Keluasan bengkel tidak melebihi dua pintu kedai atau 2,500 kaki persegi.

5. Bank yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan Projek ATOM?

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional

6. Berapakah had jumlah pinjaman dan caj perkhidmatan bagi pembiayaan Projek ATOM?
Had maksimum pinjaman adalah RM100,000, tempoh pinjaman sehingga 7 tahun dengan kadar caj perkhidmatan 3% atas baki.

7. Apakah skop pembiayaan Projek ATOM?
Skop pembiayaan terbahagi kepada 3 iaitu:
• Pengubahsuaian / menaik taraf premis perniagaan;
• Pembelian mesin atau peralatan; dan
• Bantuan modal kerja

8. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pembiayaan?
a) Borang Permohonan Pembiayaan (diperolehi di bank).
b) Maklumat daripada pemohon iaitu Pelan Perniagaan yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
• Profail Syarikat/Perniagaan
• Profail Pemegang Saham
• Unjuran aliran tunai (Cash Flow)
– 1 tahun (6 bulan- actual, 6 bulan projected)
– 7 tahun (projected)
• Penyata Kewangan Syarikat (Kunci Kira-kira & Penyata Untung Rugi)
• Laporan Lawatan
• Gambar premis bengkel
• Pelan premis perniagaan/Planogram
• Jumlah Pinjaman yang disokong beserta cadangan
c) Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
• Jika pemohon Syarikat Sdn Bhd @ Berhad
– Borang 24 yang disahkan dan maklumat pemegang saham
– Borang 49 yang disahkan
– Tatacara dan Tata Wujud Urusan Syarikat (M&A)
– Resolusi Syarikat (untuk tujuan memohon dan menerima pinjaman)
• Jika Pemohon Syarikat Perseorangan/Perkongsian
– Borang Pendaftaran Perniagaan
– Perjanjian Perkongsian (jika ada)
d) Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
e) Salinan kad pengenalan pemohon.
f) Penyata bank bagi tempoh 3 bulan.
g) Jenis premis perniagaan (hak milik/sewa) – Perjanjian Sewa/Perjanjian Jual Beli/Geran.
h) Surat kebenaran untuk menyewa daripada pemilik premis.
i) Maklumat pembiayaan dengan institusi kewangan lain – Salinan surat tawaran disertakan.
j) Sebut harga kontraktor/tukang bagi tujuan ubah suai/membina/membaiki.
k) Sebut harga peralatan/mesin.
l) Invois/Resit/Pesanan Belian (Purchase Order) jika berkenaan.

9. Bagaimanakah cara memperolehi sijil perakuan kemahiran bidang automotif

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Jabatan Pembangunan Kemahiran (MOHR)
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
– Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri
  • yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan
melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu. Tujuan Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).

Prinsip Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
– Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
– Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
– Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi.

Kelebihan PPT kepada individu
– Dapat pengiktirafan
– SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
– Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
– Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
– Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)

Kelebihan PPT kepada majikan
– Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
– Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti

Mary write in some semiramis pay people to do your homework or roxana vein, utterly alien to the!